Sunday, July 25, 2010

Hubungi Kami

Sekolah Kebangsaan Parit Serong
45500 Tanjong Karang,
Selangor.

Tel : 03 326 91787
Fax : 03 326 91787

Saturday, July 10, 2010

Tuesday, April 27, 2010

Profile

Selamat Datang Ke SK Parit Serong




Sekolah Kebangsaan Parit Serong telah didaftarkan untuk persekolahan pada 1 Jun 1956. Nama asalnya ialah Sekolah Umum Parit Serong kerana ianya terletak di Kampong Parit Serong. Bilangan murid yang didaftarkan pada masa itu ialah 121 orang. Guru Besar yang pertama dilantik untuk mentadbir sekolah tersebut ialah En. Mohd Arif bin Ibrahim.

Dengan adanya usaha gigih serta mendesak daripada beberapa ahli komuniti, maka pada 1 Jun 1956, Sekolah Kebangsaan Parit Serong telah
ditubuhkan.
Pada masa sekolah ini ditubuhkan, ada 3 buah kelas sahaja telah didaftarkan dengan 4 orang guru termasuk seorang guru besar. Sekarang sekolah ini terdiri daripada 9 buah kelas dengan 23 orang guru termasuk seorang guru besar. Pra sekolah akan dimulakan pada Januari 2007 dengan 20 orang murid.